Tuesday, June 7, 2011

Andainya Kau Tahu - 18


Hizwan duduk sendirian di dapurnya. Fikirannya menerawang jauh mengingatkan pertengkarannya dengan Aliya. Salah diakah kerana memarahi Aliya untuk hal yang remeh?


"Shah kawan biasa? Habis tu, Zaril? Kawan luar biasa?"

Masih terngiang-ngiang ayat yang dituturkannya kepada Aliya. Zaril.. Hizwan memejamkan matanya. Mengapa dia tiba-tiba membangkitkan isu Zaril di hadapan Aliya? 

Dia masih ingat lagi betapa hatinya terasa terbakar bila melihat Aliya dengan Shah. Tika itu, dia seolah-olah melihat Fiza dan Zaril. Bagaikan dapat melihat Fiza dan Zaril tertawa mesra dan bergelak tawa. Bagaikan dapat melihat Fiza dan Zaril sedang ketawa mengejek dirinya. Sangkanya, Aliya tika itu ialah Fiza! 

Hizwan tunduk, membiarkan rambut jatuh di depan wajahnya. Seribu kekesalan tergambar di wajahnya. Aliya bukan Fiza! Dia cuba mengingatkan dirinya. 

***
Berhati-hati doktor itu menjalankan pemeriksaan agar pesakitnya itu tidak kesakitan.

"Saya kan dah pesan, banyakkan berehat." Tutur doktor itu ketika memeriksa Zaril. Dia tergeleng-geleng ketika memeriksa tubuh Zaril.

"Awak kena jaga kesihatan. Nasib baik tak apa-apa." Ujar doktor ketika menjalankan pemeriksaan.

Zaril cuba tersenyum. Masih terasa sakit di bahagian abdomennya. Terasa mencucuk-cucuk. Pedih!

"Jangan beritahu Aliya, Azhar." Pinta Zaril, memandang wajah doktor peribadinya itu. Mujur juga Aliya menghubungi doktornya itu. Kalau tidak..

Azhar menghela nafas perlahan. Kesal dengan sikap sahabat yang juga pesakitnya itu. Mengapa perlu dirahsiakan segalanya daripada semua orang? Sungguh, dia tidak mengerti.

"Ok, asalkan awak banyak berehat. Faham?" Arah Azhar. Zaril mengangguk perlahan.

Doktor itu menoleh ke arah jam di pergelangan tangannya. Kemudian, beralih pula ke arah luar tingkap. Malam kelihatan gelap tanpa sinar bulan atau kelipan bintang.

"Sekarang ni musim sejuk. Kalau boleh, jangan keluar rumah." Sekali lagi Zaril mengangguk. Diperhatikan sahaja Azhar menyimpan semula peralatannya ke dalam beg.

Setelah selesai diperiksa, doktor itu melangkah keluar dari bilik Zaril. Aliya terus menerpa ke arahnya.

"Macam mana dengan Zaril, doktor?" tanya Aliya, risau. Selama ini Zaril yang dikenalinya seorang yang lelaki yang sihat. Bagaimana pula lelaki itu boleh jatuh sakit seteruk itu?

"Dia tak apa-apa. Cuma keletihan. Pastikan dia banyak berehat."

"Doktor pasti dia tak apa-apa?" Aliya hairan. Takkanlah kerana letih, Zaril boleh rebah di atas jalan. Dan garis kerutan ketika lelaki itu menahan sakit masih terbayang-bayang di matanya. Letihkah itu?

"Ya. Jangan risau. Cuma, tolong jaga dia baik-baik. Saya risau kalau dia tak menjaga diri sendiri sepertimana dia menjaga orang lain." Lancar sahaja doktor itu berkata-kata. Dia mencapai beg bimbitnya.

"Boleh janji dengan saya, awak akan jaga Zaril?" tanya Azhar, memandang tepat ke wajah Aliya.

"Ya. Saya janji."

"Bagus! Saya balik dulu." Ujar doktor tersebut sebelum berlalu pergi, meninggalkan rumah Zaril. Seorang pembantu rumah menghantar doktor itu keluar.

Aliya pula segera masuk ke dalam bilik Zaril. Kebimbangan tergambar jelas di wajahnya. Diperhatikan Zaril yang terlantar di atas katil.

"Hai.." Sapa Zaril, seperti tiada apa yang telah terjadi. Dia tersenyum segaris.

"Apa hai hai? Awak tahu tak saya risaukan awak? Awak langsung tak beritahu bila sakit tadi. Kalau saya takde tadi macam mana? Mesti takde siapa yang akan tolong awak,  awak tahu tak?" Serang Aliya, bertubi-tubi memarahi lelaki itu.

"Liya, kan doktor dah cakap saya tak apa-apa." Perlahan suara Zaril, menuturkan kata-kata. Masih terasa sakit namun ditahan sahaja. 

"Saya rasa kita perlu jumpa doktor lain. Awak nampak sakit tapi dia kata apa tak apa-apa pula." 

Zaril tersenyum. Jumpa doktor lain? Dia tergeleng. "Saya ok. Cuma penat. Awak baliklah ye?" Zaril berlembut. Selebihnya, dia tidak mahu menyusahkan Aliya atau sesiapa pun.

"Saya takkan balik selagi awak tak sembuh."

"Saya ada Mak Jah dan Pak Halim. Mereka boleh jaga saya."

"Doktor awak yang suruh saya jaga awak. Jadi, jangan nak banyak cakap! Duduk diam-diam. Biar saya uruskan semuanya." Aliya meletakkan tas tangannya di atas meja sebelum keluar dari bilik Zaril.

Zaril terdiam, tidak mampu untuk berkata-kata lagi. 

bersambung..

Episod 'Andainya Kau Tahu' yang lalu:

 |  |  |  |  |   |  |   |   |  10  | 11  | 12  | 13  | 14  | 15  | 16  |  17  |

5 comments:

i M a Z a i M i said...

azhar grey's anatomy lak muncul kan..hehe..

diya jamal said...

itu jek doktor yang zaril kenal. kakakaka

a'aina camilla said...
This comment has been removed by the author.
a'aina camilla said...

igt azhar tu shah..huhuh..shah hensem x?hehe..

diya jamal said...

shah? xterpikir plak. kekekek..

Post a Comment>

Anon Banned. Thanks. :)