Friday, June 10, 2011

Andainya Kau Tahu - 21


Zaril memandang dari tingkap, memerhatikan kereta yang dipandu pemandunya membawa Aliya keluar dari perkarangan rumah. Memerhatikan kereta itu perlahan-lahan hilang dari pandangannya. 

Kedengaran derap langkah memasuki ruang biliknya. 

"Dia dah pergi." Ujar Zaril.

"Aku tahu. Aku yang suruh dia balik." Selamba sahaja Nizam berkata, membuatkan Zaril berpaling ke belakang. Kau yang suruh balik?

"Kenapa?" tanya Zaril. Matanya memandang tepat ke wajah Nizam.

"Kenapa kau tanya? Ada seorang lelaki yang sedang menunggunya. Kau tahu siapa? Namanya bermula dengan huruf 'H' dan berakhir dengan 'N'. Dan ya, dia sepupu kau."


Zaril diam. Dia memandang semula ke arah tingkap. "Hizwan.." Zaril menyebut nama sepupunya itu.

"Kau ingat nama sepupu kau rupanya. Aku ingat kau dah lupa. Aliya tunang Hizwan. Jangan lupa tu!" Nizam mengingatkan.

"Aku tak pernah lupa, lah!" Balas Zaril, kuat. Namun terasa bisa mencucuk semula bahagian perut. Dia menyentuh bahagian perutnya, perlahan. Cuba untuk menahan kesakitan.

"Habis tu, kenapa.."

"Zaril?" Satu suara lembut menyebut nama Zaril., memotong kata-kata  Dua jejaka itu sama-sama memandang ke arah pintu. Seorang gadis sedang berdiri di situ, memerhatikan mereka berdua.

Berkerut dahi Zaril. Nizam tersenyum ramah. Cantik! Dia memuji.

"Boleh saya bercakap dengan Zaril?" Gadis itu berkata kepada Nizam.

Nizam memandang Zaril dan gadis itu silih berganti. "Ok! Aku keluar dulu."

Zaril membiarkan Nizam keluar dari biliknya kemudian diberikan tumpuan kepada gadis di hadapannya itu. Dia merapatkan kedua-dua tangan, memeluk tubuh.


"Kenapa datang sini?" Soalnya, dingin.

***
"Saya minta maaf." Ucap Aliya. Pandangannya tertumpu ke arah Hizwan yang sedang berdiri di sisi keretanya. Matanya tertumpu pada wajah kosong lelaki itu. Marahkah dia? Sungguh, dia tidak terniat untuk melupakan Hizwan namun dia benar-benar terlupa.

Hizwan membisu seketika. Dialihkan pandangannya ke arah lain, enggan memandang wajah lelah Aliya.

"Handphone awak mana?" Dia bertanya.

"Saya lupa caj." Hizwan mengangguk mendengar kata-kata Aliya.

"Awak tahu dah berapa hari saya cari awak?" Luah Hizwan, senada. Matanya masih tidak memandang Aliya. Dia tertumpu pada kereta Aliya yang tersadai di dalam pagar rumah. Rosakkah kereta Aliya itu? Dan mengapa ada kereta yang menghantar Aliya pulang tadi? Seperti dia kenal kereta tadi tetapi kereta siapa?

"Saya betul-betul minta maaf. Saya.." Perlukah dia memberitahu tentang Zaril? Jangan! Kalau Hizwan mengamuk macam mana? Hatinya berbisik sendiri.

"Kereta awak tu, rosak ke apa?" tanya Hizwan, menukar topik perbualan.

Aliya memandang ke arah yang sama. "Ya. Saya pun tak tahu kenapa tiba-tiba meragam semalam."

"Nanti saya panggil mekanik saya. Dah makan? Jom, saya belanja."

Aliya terpinga-pinga. Tidak marahkah lelaki itu? Sungguh, ketenangan yang terlukis di wajah Hizwan amat mengejutkannya.

"Awak tak marah, Hizwan?" tanya Aliya, ingin memastikan.

Hizwan tersenyum. Matanya merenung lama sepasang mata bundar milik Aliya.


"Kalau saya nak, dah lama saya marah awak tadi. Tapi, saya patut terima semua ni selepas segala apa yang dah saya lakukan pada awak." Hizwan berbicara. Memang patut Aliya melayannya sebegitu. Selepas apa yang berlaku di antara dirinya dan Fiza. Tak, aku patut terima lebih teruk daripada ni, fikir Hizwan.

Aliya tersenyum. Hatinya terasa berbunga mendengar kata-kata Hizwan.

"Betul?"

"Betul. Dan jangan lupa, saya sayangkan awak."

"Saya pun."

bersambung..

Episod 'Andainya Kau Tahu' yang lalu:

 |  |  |  |  |   |  |   |   |  10  | 11  | 12  | 13  | 14  | 15  | 16  |  17  |  18  |  19  |  20  |
Nantikan episod 22, esok.

0 comments:

Post a Comment>

Anon Banned. Thanks. :)