Friday, June 3, 2011

Andainya Kau Tahu - 10


Hari sukan di sekolah pada hari itu begitu meriah. Kelihatan keriangan di wajah setiap kanak-kanak. Beberapa orang tampak sedang sibuk menguruskan hari sukan itu. Ada yang menjaga makanan, minuman, permainan dan ada juga yang membantu menceriakan suasana.

"Seorang saja?" tanya seorang lelaki, memerhatikan Fiza yang sedang leka memerhatikan acara lumba lari dalam guni.

Fiza menoleh. Matanya terpaku, bibirnya tersenyum melihat penampilan Zaril pada pagi itu. Kacak, sempat dia memuji.
"Hai, Zaril. You buat apa di sini?" Dia menyapa mesra. Kehadiran Zaril mengejutkan dirinya. Macam mana dia tahu aku ada di sini?

"Saja. Nak habiskan masa. Mana Hizwan?" tanya Zaril. Kedua tangan diselukkan ke dalam saku seluar. Pandangannya tertumpu pada Fiza. Gadis itu tampak menawan seperti biasa. 

Tidak ada cacat celanya peribadi Fiza. Sudah lama dia mengenali gadis berambut panjang itu. Gadis yang selalu menjadi sukarela di majlis-majlis amal. Gadis yang sering membantu di rumah kebajikan orang tua. Namun dari raut wajah yang lembut, tiada siapa dapat menyangka gadis itu cuba merampas tunangan orang. Kenapa Hizwan juga yang kau pilih?

"Hizwan.. Dia ada hal." Walaupun dia tidak pasti ke mana lelaki itu pergi. Seharian dia cuba menghubungi Hizwan semalam namun tidak berjawab. Ke mana lelaki itu pergi? Hutan paya?

"Dengan Aliya?" Soalan Zaril merubah riak di wajah Fiza. Keruh. Hilang senyuman di wajahnya.

"Boleh I duduk?" Ujar Zaril yang sudah pun duduk di sebelah Fiza.

"Awak yang uruskan semua ni?" tanya Zaril, matanya memerhatikan kawasan yang meriah dengan warna-warni itu.

"Bukan I seorang saja," jawab Fiza. Dapat dirasakan suasana menjadi kekok. Sungguh, dia tidak biasa dengan lelaki itu. Selalunya Zaril akan mengelak daripada bercakap dengannya. Tapi segalanya berubah sejak Zaril menyerangnya di hospital.

"Tapi you tahu apa yang you buat ni, tak betul kan?" Tutur Zaril. Fiza tersenyum, sinis. Aku dah agak dah.. Dia sudah menduga lelaki itu datang untuk bercakap tentang perkara itu.

"I tak faham apa yang you cuba cakap, Zaril." Nada suara Fiza jelas kedengaran senada. Ada kemarahan terpercik di wajahnya.

Zaril menghela nafas perlahan. Dia mencapai tangan Fiza, digenggam kemas. Fiza tersentak, cuba menarik tangannya namun gagal.

"Please, tinggalkan Hizwan." Suara Zaril kedengaran lembut, memujuk.

bersambung..

Episod 'Andainya Kau Tahu' yang lalu:
 |  |  |  |  |   |  |   |   | 

4 comments:

i M a Z a i M i said...

nyampah ngan fiza. biarlah dy ngan hizwan. laki x setia tu. same2 xbetul dorang tu.

rubi @ cawan2 said...

hahahaha.. (gelak golek2..)
ima rilek. ni cerita jek.

a'aina camilla said...

si aliya pn satu...dok caye sgt kt tunang die..nyampah kt hizwan gak..hipokrit n tamak...booo...(emo2)

rubi @ cawan2 said...

haha.. sabor~

Post a Comment>

Anon Banned. Thanks. :)