Saturday, June 11, 2011

Andainya Kau Tahu - 22


"Kenapa datang sini?" Zaril bertanya, dingin.

"I nak ucapkan terima kasih."

"Untuk apa?" tanya Zaril. Dia tunduk, seolah-olah tidak ingin memandang wajah Fiza.


"Zaril, I tahu you cintakan I tapi I betul-betul tak sangka you sanggup buat semua ini untuk I." Fiza berhenti seketika. Dia melangkah ke depan, cuba mendekati lelaki itu.

"I tak tahu macam mana nak balas jasa you. I.."

"You tak perlu balas apa-apa, Fiza." Potong Zaril. Langkah Fiza terhenti.

"I cuma nak minta satu sahaja daripada you. Tolong tinggalkan negara ini. Pergilah ke mana pun, asalkan jangan tinggal di sini. I tak nak nampak muka you lagi." Tambah Zaril, membuatkan Fiza ternganga. 

Fiza tercengang-cengang. Dia tidak faham. Tinggalkan negara? Bukankah itu maknanya dia kena tinggalkan segalanya? Termasuk Zaril?

"Zaril, I tak faham. Kalau you cintakan I, kenapa you nak halau I?"

"You silap Fiza. I tak pernah cintakan sesiapa. Termasuk you sekalipun."

"Kalau you tak cintakan I, kenapa you minta I putus dengan Hizwan?"

"Sebab dia tunang orang!"

"Ok, itu I faham! Tapi kenapa you dermakan buah pinggang you pada I? I rela jalankan hemodialisis tiga kali setiap minggu daripada terima buah pinggang you semata-mata untuk buat I tinggalkan negara ini. Tak Zaril! I takkan tinggalkan you!" Bentak Fiza.

Sangkanya lelaki itu amat mencintai dirinya. Tidak mampu untuk dibalas jasa Zaril yang telah menyelamatkan dirinya itu. Saban minggu terikat untuk hadir ke hospital, membuatkan jiwa dia tertekan. Kehadiran Hizwan mengembalikan sinar hidupnya. Namun status lelaki itu sebagai tunangan orang membuatkan fikirannya menjadi sasau. Dia inginkan lelaki itu! Dia inginkan kebahagiaan!

Setelah Hizwan meninggalkannya, dia sangka Zaril akan menjadi miliknya. Adakah dia yang tersalah faham selama ini? Bukankah Zaril mencintai dirinya?

"Masalahnya, I tak pernah cintakan you, Fiza.. You faham tak?" tanya Zaril. Dia menyentuh perutnya. kesan jahitan sudah hampir sembuh. 

Fiza menangis. Hatinya terasa pedih. Benar-benar pedih. Ya, mungkin ini balasannya. Dia hampir memusnahkan pertunangan orang lain kerana kepentingan diri. Yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran.

Zaril menghela nafas perlahan. Sedar, kata-katanya telah melukakan hati gadis itu. Dia tahu Fiza tidak bersalah. Andai dia berada di tempat Fiza, kemungkinan besar dia sendiri akan cuba untuk merebut kebahagiaan. Namun cara Fiza itu salah. Tidak sepatutnya dia mengganggu tunang orang.

Dia mara, mendekati Fiza. Disekanya air mata yang mengalir di pipi gadis itu.

"You akan dapat kebahagiaan you. Tapi bukan di sini, Fiza. Bukan dengan I." Tutur Zaril, lembut. Rambut Fiza diusap perlahan.

Fiza tertawa kecil, cuba menahan tangisnya yang semakin teresak-esak.

"You pasti, Zaril?" Fiza menahan sedu-sedannya. Matanya bulat memandang Zaril.

Anak mata Zaril bergerak ke atas, memandang siling seolah-olah sedang berfikir. "Ya, I pasti orangnya kacak macam Superman. Dan bila you jumpa orang itu, you bawa dia berjumpa I."

Fiza tersenyum. Hatinya terasa lapang. "Thanks, Zaril." Ucapnya, tulus.

Zaril mengangguk. Dia menarik tubuh Fiza ke dalam dakapan. "I'll miss you, Fiza."

"Me too." Balas Fiza, membalas pelukan Zaril. Sungguh, hatinya terasa tenang.

bersambung..

Episod 'Andainya Kau Tahu' yang lalu:

 |  |  |  |  |   |  |   |   |  10  | 11  | 12  | 13  | 14  | 15  | 16  |  17  |  18  |  19  |  20  |  21  |

2 comments:

Anonymous said...

good!!fiza akan pergi...
writer,tlgla wat zaril ngn aliya,i don't like hizwan...xtetap pendirian!!
aliya is a nice woman...so she deserve to get a better man...,like zaril la....

IVORYGINGER said...

Apa motif Zaril yg sebenar??? Ke dia nk Fiza pergi jauh demi melihat kebahagian Aliya n Hizwan??? Kenapa tidak dia bongkar kerenah Hizwan yg sebenar??? Klu cinta Aliya he should find the better guy from Hizwan yg curang. Kenapa dia yg tidak ambik Aliya??? Apa perasaan dia sebenar???

Post a Comment>

Anon Banned. Thanks. :)