Friday, June 3, 2011

Andainya Kau Tahu - 12


Dia sedang menikmati kopinya bila bahunya tiba-tiba ditarik dari belakang, membuatkan tubuhnya terdorong untuk berpusing ke belakang. Pandangannya jatuh ke atas wajah seseorang yang amat dikenalinya.

"Fiza.." Dia menyebut nama itu. Raut wajahnya berubah keruh.

Fiza memandangnya dengan pandangan berkaca-kaca. "Saya cuba hubungi awak tiga hari ni. Ke mana awak pergi?"

Hizwan mengalihkan pandangan. Rambutnya dielus ke belakang, rimas.

"Saya ada hal. Sibuk." Acuh tak acuh sahaja dia menjawab. Diteguk air kopinya perlahan-lahan.

"Sibuk dengan persiapan kahwin awak dan perempuan tu?" soal Fiza, geram.

"Nama dia Aliya!" Suara Hizwan kedengaran tegas. Hampir pecah cawan dihentakkan ke atas piring kaca.

Fiza tersentap. Hatinya dirasakan terguris tika itu.  Dia hanya mampu tersenyum pedih. Air matanya yang bergenang ditahan agar tidak mengalir di pipi. Nama dia Aliya? Sejak bila Hizwan pandai mempertahankan perempuan tu? Apa lebihnya Aliya berbanding dirinya? Batinnya menjerit ketika itu.


"Awak dah janji akan jaga saya. Awak dah janji akan tinggalkan dia. Awak dah janji akan bahagiakan saya. Awak dah janji, Hizwan!" Fiza cuba mencari mata lelaki itu namun Hizwan mengelak. Kenapa lelaki itu tidak mahu memandang matanya?

"Saya tak ingat semua janji bodoh tu." Kata-kata Hizwan ibarat belati menebak jantung. Terasa longgar lutut Fiza bila mendengar kata-kata Hizwan. Renungan mata Hizwan seakan mahu membunuhnya. Kenapa? Apa yang terjadi? Mengapa lelaki itu berubah sebegitu.

"Apa maksud awak, Hizwan? Apa salah saya? Saya ada buat silap pada awak ke?" tanya Fiza, ingin tahu.

"Saya tak nak bercakap pasal hal ni."

"No! Awak kena terangkan pada saya, Hizwan. Jangan buat saya macam ni." Suara Fiza mulai kedengaran serak-serak.

Hizwan membatu. Kata-kata Fiza dibiarkan berlalu bagaikan angin bertiup. Jika dulu, dia boleh mmpercayai segala kata-kata Fiza. Tapi sekarang? Kalau kau menangis air mata darah kat sini pun, jangan harap aku nak percaya kata-kata kau!

"Hizwan, apa salah saya? Tolong, beritahu saya."

Hizwan sekadar menggelengkan kepala sebagai jawapan 'tidak'. Dia meneguk kopinya untuk terakhir kali sebelum bangun meninggalkan kafe tersebut. Fiza pantas mengekori di belakang.

"Hizwan!" Panggil Fiza. Namun Hizwan terus melangkah pergi. Panggilan Fiza sedikit pun tidak diendahkan.

Dari dalam kafe, Zaril hanya memerhatikan Hizwan dan Fiza pergi tanpa berkata apa-apa.


"Tengok apa?" tanya rakan Zaril. Dia juga memandang ke arah yang sama tetapi tidak mengerti apa-apa.

"Takde apa," jawab Zaril sebelum dia juga berlalu pergi seolah tiada apa yang telah berlaku.

***
Hizwan menuju ke arah kereta. Pemandunya sudah bersedia membukakan pintu untuknya. Laju sahaja Hizwan melangkah masuk ke dalam. Fiza yang masih mengejarnya cuba untuk masuk ke dalam kereta namun Hizwan lebih pantas menutup pintu.

"Buka pintu, Hizwan! Tolong buka." Rayu Fiza. Dia sudah tidak peduli berapa banyak mata yang memandang. Dia mahu berbicara dengan Hizwan. Dia ingin tahu apa yang menyebabkan lelaki itu berubah.

Namun Hizwan langsung tidak memandang. Seolah-olah Fiza tidak kelihatan di matanya. "Boleh gerak, Pak Ali."

Pak Ali yang duduk di tempat memandu, memandang Hizwan melalui cermin pandang belakang. "Tapi Cik Fiza.."

"Kita gerak." Potong Hizwan. Suaranya tegas. Pandangannya terus tertumpu ke arah depan. Kereta akhirnya bergerak perlahan-lahan meninggalkan Fiza.

"Hizwan! Hizwan!!" Jerit Fiza. Hampir sahaja dia terjatuh ketika mengejar kereta Hizwan. Dia terhenti bila tidak terdaya untuk berlari lagi. Fiza terduduk di tepi jalan itu. Air matanya tumpah jua. Dan tiba-tiba pandangannya jadi berpinar-pinar. Dunia terasa berpusing.

"Hizwan.." Dia memanggil nama itu perlahan. Pandangannya jadi kelam dan akhirnya semakin gelap.

bersambung..

Episod 'Andainya Kau Tahu' yang lalu:

 |  |  |  |  |   |  |   |   |  10  | 11  |

6 comments:

Anonymous said...

i x faham lah dgn citer nie.... kalau memang benar aliya heroinnya, kenapa watak fiza yang selalu diceritakan.. i nak watak aliya yang selalu muncul d setiap n3....

a'aina camilla said...

i think i know y hizwan marah...common...must not be like tht..too easy to predict..(pengkritik xbertauliah)

i M a Z a i M i said...

urm..zaril. mmg observer...hmmm


*p/s diya..klo nak pakai byk gmbar damon especially time dlm VD, i have resource klo berminat :)

IVORYGINGER said...

may i comment.
mana satu Hizwan nak ni. Kata cinta Fiza asal lak boleh tunang ngan Aliya??? Family arrangement ka??? Nmpk watak dia baik n sopan cuma tak jujur dgn Aliya. Kira boleh dikatakan curang jgk. Tunang dah ada leh plak ada kekasih.
Tp Aliya mcm betul2x suka Hizwan smpai percaya dia 100%. Lurus sgt pun ada. Dah slalu Hizwan hilang bila dah janji. Takkan xsyak apa2x??? Dah tu siap suruh Zaril temankan. I rasa biar Zaril yg ambik Aliya tu baru Hizwan tau. Asyik Zaril jd pengantara. Zaril pun I rasa kesian kat Aliya tu dia geram ngan Hizwan n Fiza. Tp apa plak perasaan sebenar dia ngan Fiza??? Betul ke dia suka Fiza??? Ke sebenarnya dia suka Aliya???
Fiza plak I rasa mata duitan pun ada tp tlibat lak ngan amal jariah. Nk kata baik xjgk. sbb cuba nk rampas tunang org.Nk kata jahat ada baik. Mana satu karekter sebenar dia n mereka yg lain??? Agak confuse dgn watak yg ada. Then nk tau jgk la kenapa Hizwan tetiba tak nak layan Fiza. Zaril ada bt sesuatu ke??? Atau Hizwan dah sedar mana kaca n permata. Klu Hizwab tak tau hargai Aliya why not Zaril yg ambik sbelum perkahwinan tjd ant Hizwan n Aliya. Tp why hati suka watak Hizwan yg cool tu yg xsuka marah org. then gentle. he... Tp kenapa la dia curang. Apa yg menarik nya Fiza tu??? Rasa ALiya dah cukup baik. tulus n ikhlas. Fiza lak xikhlas. dia ada tfikir nk terima Zaril sbb kaya n handsome mgkin sbb Zaril playboy tu yg dia xnk terima so Hizwan dijadikan sandaran gitu. Zaril umpama plindung Aliya dr Fiza mgkin sbb Zaril kenal Fiza yg sbenar. Adakah Zaril kenal Fiza dah lama???

izan said...

jahatla hizwan ni. tak suke tak suke.

bole buat panjang2 sikit tak tiap entry?

:)

rubi @ cawan2 said...

anon: ada sbb. thnks 4 comment. kalo leh sila tinggalkn nama. :)

aaina: taw ker? haha..

ima: bak sini skrg. hahaa.. gmbr ian sgt ciput compare to hizwan

ivory: may i commment? sure.. sbb tu ada tmpt komen.

izan: tpksa pendekkan. sori. :)

Post a Comment>

Anon Banned. Thanks. :)