Thursday, June 2, 2011

Andainya Kau Tahu - 9


"Kalau pilih bunga segar warna merah, awak rasa cantik tak?" tanya Aliya.

"Hurm..." Dia menjawab acuh tak acuh, sehingga menarik perhatian Aliya. Terus ditinggalkan bunga-bunga yang dipegangnya sejak tadi.

"Kenapa buat muka monyok macam tu?" Aliya ingin tahu. Adakah lelaki itu terasa terpaksa datang ke situ bersama-samanya. Mereka datang untuk membeli barang kahwin, bukan mainan masak-masak!

"Sejak dua jam tadi, baru sekarang awak sedar muka saya dah serupa cencorot?" Lelaki itu bertanya, senada suaranya. Aliya menjegilkan mata, tidak menduga akan mendengar kata-kata itu. 

"Yang nak kahwin tu, awak! Bukan saya. Kenapa nak ajak saya ke sini?" Aliya terlongo. Kedua tangan dicekak di pinggang. 

"Zaril! Sampai hati awak cakap macam tu."

Bukan setakat sampai hati je.. Ujar Zaril di dalam diam.

"Hizwan ada hal. Dia tak dapat datang. Jadi, saya terpaksa ajak awak. Awak kan rapat dengan dia. Mesti awak tahu apa yang dia suka." Tutur Aliya.

Dia suka Fiza, jawab Zaril dengan pandangan mata. Matanya terus memerhatikan Aliya yang kelihatan muram. Fiza.. Dia menyeru nama gadis yang melintas di ingatannya tika itu.

"Liya, boleh saya tahu sesuatu?"

"Apa dia?" Aliya kembali menilik bunga yang dipamerkan. Cantik-cantik semuanya. Dia terfikir, bunga manalah yang sesuai untuk menghiasi pelaminnya nanti. Bunga ros? Tak klise sangat ke? Dia tersenyum sendiri.

"Hizwan asyik sibuk je. Takkanlah awak tak syak apa-apa?" Zaril memberanikan diri bertanya soalan itu.

"Kalau saya tak percayakan dia, saya takkan setuju untuk berkahwin dengan dia, Zaril." Ujar Aliya.

"Yeah. Right!" Terkeluar suara Zaril, walaupun dia berniat untuk mengatakannya di dalam diam. Zaril pantas mengetap bibir.

Terhenti pergerakan Aliya. Matanya tertumpu pada Zaril, kehairanan. "Kenapa awak cakap macam tu?"

"Saya? Saya cakap apa? Takde apa. Tade apa-apa." Dalih Zaril.

"Saya dengar apa awak cakap. Awak tak yakin saya percayakan dia?"

"No! Tak! I mean.. Maksud saya, saya percaya awak percayakan dia." Walaupun dia tak patut dipercayai, tambah Zaril.

"Maksud saya, saya kan lelaki. Jadi saya tahu kebanyakan lelaki tak boleh dipercayai. Dan mungkin sekali-sekala awak kena.."

"Periksa Hizwan? Untuk apa?" Aliya meletakkan jambangan bunga yang dipegangnya. Hatinya terguris mendengar kata-kata Zaril.

"Ya, periksa Hizwan. Manalah tahu kalau-kalau.."

"Kalau apa? Apa yang tak kena dengan awak, Zaril? Saya percayakan Hizwan 100%. Tak perlu nak buat saya fikir yang bukan-bukan. Hizwan lelaki paling baik yang pernah saya jumpa!" Tegas Aliya.

"Tapi.."

"Dah! Ini kali terakhir awak bercakap yang bukan-bukan tentang Hizwan. Saya tak nak dengar!" Aliya membuka langkah pergi, meninggalkan Zaril di situ.

Zaril hanya berdiri di situ, memerhatikan Aliya berlalu pergi. Kedengaran bunyi pintu kedai ditutup. Zaril menarik nafas dalam-dalam sebelum mengalihkan pandangan ke arah lain.


bersambung..

Episod 'Andainya Kau Tahu' yang lalu:
 |  |  |  |  |   |  |   | 

2 comments:

i M a Z a i M i said...

aliya should knows yg zaril hanya just nak tlg dia :)

rubi @ cawan2 said...

mslhnya, dia tak tahu. heheh..

Post a Comment>

Anon Banned. Thanks. :)