Wednesday, June 1, 2011

Andainya Kau Tahu - 8


"Betul Hani tak apa-apa?" tanya Aliya, matanya memandang adiknya itu atas bawah.

"Hish, betullah orang tak apa-apa. Akak risau satu macam ni kenapa?" Suhani beria-ia mengatakan dirinya tidak ditimpa apa-apa. Entah siapalah yang telah mempermainkan kakaknya yang seorang itu.

Aliya menarik nafas lega. Namun terselit rasa hairan mengapa Zaril memperbesar-besarkan hal itu. Seolah-olah Suhani ditimpa masalah besar pula. Tidak sedap hati, dia menghubungi Hizwan. Panggilan pertamanya dibiarkan tidak berjawab. Dia mencuba pula untuk kali kedua. Agak lama dia menunggu barulah Hizwan menjawab panggilannya.

"Hai, awak.."

"Err.. hai.. Aduh.." Kedengaran Hizwan mengaduh kesakitan.

"Awak tak apa-apa?" Dia bertanya, bimbang. Apa pula yang terjadi kepada Hizwan? Ingin sahaja dia pergi kepada Hizwan saat itu. Tetapi di manakah lelaki itu berada sekarang?

"Saya tak apa-apa. Awak jangan risau, ya? Kena tumbuk sikit je ni." Ujar Hizwan.

"Kena tumbuk?!" Aliya terkejut. Siapa pula yang menumbuk tunangnya itu?

Kedengaran Hizwan tertawa perlahan di hujung talian. "Saya gurau ajelah. Bila pula saya kena tumbuk. Sayang juga awak pada saya, ya?" tanya Hizwan.

Aliya tersenyum. Wajahnya serta-merta merona merah. Walaupun mereka jarang bertemu, Hizwan tetap pandai mengambil hatinya. Ada sahaja gurauan yang mencuit hatinya.

"Dahlah awak. Saya nak rehat. Penat. Kita borak lain kali, ya?" Tutur Hizwan.

"Okey," Aliya tersenyum. Dia mematikan panggilan.Matanya tertoleh ke arah Suhani yang memandangnya sejak tadi.

"Kenapa pandang akak macam tu?"

"Sukalah tu, dapat berborak dengan buah hati intan payung?" Usik Suhani.

"Eh, mengusik akak pula dia ni!" Balas Aliya, menjegilkan matanya.

***

Hizwan meletakkan pek berisi ais di hujung bibirnya. Kesan lebam masih kelihatan jelas di wajahnya tika itu. Fiza merebahkan diri, duduk di sebelah Hizwan.

"Sakit?" tanya Fiza. Wajahnya menunjukkan kerisauan yang bukan sedikit.

"Sakitlah juga."

"Melampau betul Zaril. Berani dia pukul awak!" Marah Fiza. Meluap-luap perasaannya tika itu.

Minggu ini sahaja dia mendapat dua kejutan. Pertama, lelaki kacak bernama Zaril itu menyukai dirinya dan kedua, Zaril berani menumbuk sepupunya sendiri. Jika diikutkan hati, hendak sahaja dia memilih Zaril yang lebih kacak dan kaya itu namun dia sudah berjaya memikat hati Hizwan. Hendak dicampak ke mana Hizwan nanti? Fikirnya dalam diam.

Dia menoleh sekilas ke arah Hizwan. Lelaki ini pun satu! Kenapa tak putus-putus dengan Aliya tu? Siap bergurau senda pula tu bila berbual. Sakitnya hati!

bersambung..

Episod 'Andainya Kau Tahu' yang lalu:
 |  |  |  |  |   

3 comments:

i M a Z a i M i said...

cepat2 sambung..hehe

Anonymous said...

bodohnya hizwan n nie.. sgt2 bodoh!!!!

rubi @ cawan2 said...

ima : harap bersabor yek. TT_TT

anon: siapakah anon? haha.. hizwan xbodoh. dia hensem. agagaga...

Post a Comment>

Anon Banned. Thanks. :)