Thursday, November 18, 2010

Andainya Kau Tahu - 1

"Awak ajak saya ke sini semata-mata nak putuskan hubungan kita?" tanya Atirah. Mencerlung matanya memandang jejaka yang duduk di depannya.

"Yup." Dani menjawab selamba. Bagaikan tiada perasaan sahaja lagaknya.

"Itupun seminggu sebelum kita nikah?!" Jerkah Atirah.

"Exactly. Cuba awak fikir Tira. Mana yang lebih baik? Seminggu sebelum atau sehari sebelum kita nikah?" tanya Dani, cuba mewaraskan tindakannya.

"Kepala otak awak! Seminggu atau sehari, dua-dua pun sama penting. Kenapa baru sekarang awak nak putus? Gila ke apa? Mana saya nak letak muka saya ni? Semua saudara-mara dan kawan-kawan saya dah tahu kita nak kahwin ok!"

"Eh, saudara-mara dan kawan-kawan saya pun tahu kita nak kahwin. Boleh tak jangan fikir bahagian awak saja? Saya pun susah juga." Jelas Dani, jelas tidak mahu mengalah.

Atirah menarik nafas. Cuba menanamkan kesabaran yang sudah mencecah ke paras hidung.

"Dah tu, kenapa nak putus Dani? Kenapa? Cuba awak terangkan pada saya." Suara Atirah mulai kedengaran tenang. Tidak melengking-lengking seperti tadi.

"Because I'm not ready." Balas Dani, mendatar.

"Not ready? Dani, lima tahun kita bercinta dan awak masih tak bersedia?"

"I'm sorry. Macam ni lah. Kita tak payah putus. Kita tangguhkan saja. Mungkin untuk setahun dua. Lepas tu, kalau ada jodoh kita kahwin. If not, life must go on."

Atirah mengetap bibir. Digenggam penumbuknya erat-erat. "Ok, fine! But I'm not the one who gonna explain anything to our family. Do you read me, Mohamad Dani Ibrahim?"

"I do." Ujar Dani.

Aliya tergeleng-geleng bila melihat si gadis terus bangun melangkah pergi. Wajahnya hanya keruh. Andainya dia berada di tempat gadis itu, pasti air matanya sudah mencurah-curah mengalir. Tabahnya dia..

Minuman yang berada di depan, diteguk perlahan. Dari ekor mata, Aliya menyedari lelaki tadi perlahan-lahan bangun dari mejanya dan menuju ke kaunter. Berbeza dengan wajah keruh si gadis, lelaki itu nampak lebih bersahaja. Pentingkan diri!

"Maaflah tapi restoran ni penuh pula. Boleh saya duduk sini?" Sapa seorang jejaka berbaju lengan panjang putih dan seluar denim biru. Aliya mengangkat mata, bertembung dengan pandangan redup jejaka itu.

Aliya memandang sekeliling. Suasana restoran tika itu lenggang sahaja. Dan kerana suasana lenggang itulah dia terdengar perbualan sepasang kekasih tadi dengan jelas. Penuh dia kata?

"Duduklah. Bukan saya beli pun meja restoran ni." jawab Aliya, mendatar suaranya. Seolah-olah tidak kisah dengan kehadiran si jejaka di meja itu.

Jejaka itu menarik kerusi lalu duduk. "Seorang sahaja ke?" Jejaka itu cuba beramah mesra pula.

"Taklah. Restoran ni penuh dengan kawan-kawan saya." Balas Aliya, acuh tak acuh sahaja.

Jejaka itu terus memandang kawasan restoran yang sunyi. "Ramai juga kawan-kawan awak. Tapi awak memang suka ya berkawan dengan orang-orang tua?"

Kali ini Aliya pula tersentak. Orang tua apa pula ni? Dia memandang sekitar. "Mana ada orang tua lah kat sini!"

"Habis sebelah awak ni siapa?" Jejaka itu menuding jari ke arah tempat duduk sebelah yang kosong. Wajah Aliya bertukar pucat.

(bersambung)

Friday, October 8, 2010

Cerpen Bersiri Pertama!

Mempersembahkan sebuah cerpen online pertama.
Hasil karya Diya Jamal
Andainya Kau Tahu



Nantikan setiap episod cerpen bersiri ini hanya di www.cawanpink.blogspot.com. Terima kasih. 

Pengenalan CawanPink

Hai semua. Blog CawanPink ini akan dikhaskan sebagai blog penulisan supaya anda semua tidak terkeliru dengan bahasa seperti yang digunapakai di CawanMerah dan CawanMaroon.

Sebelum itu, maafkan saya kerana blog ini bernama CawanPink (campuran bahasa Malaysia dan Inggeris) kerana nama CawanMerahJambu akan menjadi terlalu panjang untuk disebut dan agak sukar untuk diingat.
Memandangkan saya bukanlah seorang penulis sepenuh masa dan punya kerjaya tersendiri, maka hasil tulisan hanya akan dimuatnaik apabila berkesempatan sahaja.

Saya amat mengharapkan agar rakan-rakan semua dapat membaca dengan jujur. Yakni, hasil tulisan saya adalah hakcipta terpelihara. Tiada bahagian daripada tulisan saya ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dan diolah dalam apa jua bentuk sekalipun kecuali mendapat kebenaran daripada saya.

Saya juga amat mengalu-alukan sebarang komen daripada anda bagi hasil tulisan saya.

Terima kasih dan selamat membaca.