Thursday, June 9, 2011

Andainya Kau Tahu - 20


Aliya turun ke dapur. Pandangannya bertembung dengan mata Mak Jah. Pembantu rumah Zaril itu sedang menyediakan juadah untuk makan tengah hari.

"Awal Mak Jah sediakan makanan tengah hari?" Dia bertanya. Mak Jah tersenyum. Senang dengan kehadiran Aliya sejak beberapa hari lalu. Ada teman untuk berborak, fikirnya.

"Zaril memang cepat lapar. Biasanya pukul 11.00 pagi dia turun dapur cari makanan. Lepas tu, jam 2.00 petang turun dapur lagi. Mak Jah pun tak faham berapa banyak perut yang si Zaril tu ada." Ujar Mak Jah lalu tergelak sendiri.

Aliya tergeleng sebelum tersenyum. Cepat lapar? Satu persatu perkara baru yang diketahuinya mengenai Zaril. 

"Aliya, Mak Jah tanya sikit, boleh?"

"Apa dia Mak Jah?"

"Tak penat ke berulang-alik dari rumah ke sini untuk jaga Zaril?" tanya Mak Jah. Sebenarnya dia ingin tahu mengapa Aliya pula yang menjaga Zaril. Siapa Aliya? Apa hubungannya dengan Zaril? Dan mengapa Aliya sangat mengambil berat akan Zaril?

"Hai. Aliya, kan?" Sapa suara dari belakang. Aliya menoleh. Matanya terarah pada Nizam yang sedang tersenyum di hadapannya. 

"Hai." Jelas, sapaannya kekok. Secara peribadi, dia tidak mengenali Nizam. Pernah sekali dia melihat lelaki itu iaitu di kafe pada malam sebelum Zaril rebah kesakitan. Dan kedua, semalam. Ketika dia memberikan sarapan untuk Zaril, Nizam ada di situ.

Bila pula lelaki ini datang? Aliya tertanya-tanya. Rajin pula melawat Zaril untuk dua hari berturut-turut, fikir Aliya.

"Mak Jah buat apa tu?" Selamba Nizam duduk di dapur, seolah sudah terbiasa dengan tempat itu.

"Mak Jah buat apa lagi? Sediakan makanan lah, Nizam oi. Takkan main bola sepak kot?" Mak Jah loyar buruk, mengundang tawa Nizam dan Aliya.

"Ya, saya faham kerja Mak Jah di sini tapi apa pula awak buat di sini, Aliya?" Wajahnya berubah serius, memandang tepat ke muka Aliya. Hilang tawa dan senyuman di wajah Aliya.

"Apa maksud awak? Saya cuma nak pastikan Zaril cepat sembuh."

"Yelah tu." Nizam tertawa sinis.


Aliya terpinga-pinga. Apa pula masalah lelaki itu sehingga boleh mentertawakan niatnya?

"Saya cuma pelik macam mana orang macam awak boleh ada di sini. Awak bukan teman wanita, bukan tunang dan pastinya awak bukan isteri dia sebab saya tahu dia belum kahwin lagi."

Aliya diam. Tidak faham mengapa lelaki cuba bersikap sinikal dengannya.

"Saya kawan Zaril." Suara Aliya kedengaran tegang. Garis kemarahan terukir di wajahnya.

"Dan saya kawan baik Zaril tapi saya tak pula datang berulang-alik untuk jaga kawan saya." Nizam merenung mata Aliya. Tahu gadis itu sedang menahan kemarahan.

"Apa yang awak cuba beritahu, Nizam?" Aliya memeluk tubuh. Hatinya sakit mendengar setiap kata-kata.

"Saya bukannya cuba untuk menjadi sarkastik memandangkan sarkastik dan saya adalah kawan baik tapi saya cuma nak tahu, apa khabar tunang awak?" soal Nizam. Aliya tersentak. Hampir dia terlupa mengenai tunangnya itu. Selama dia menjaga Zaril, dia benar-benar terlupa untuk menghubungi Hizwan. Alamak, marahkah dia nanti?

Aliya mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia menepuk dahi. Patutlah Hizwan langsung tidak menghubunginya beberapa hari ini.

"Bateri mati? Kalau saya jadi awak, saya akan terus pergi cari tunang saya sebab saya pasti dia tengah mengamuk sekarang."

Aliya mengetap bibir. Dia mencapai tas tangan sebelum berlari ke luar dari rumah besar itu.

bersambung..

Episod 'Andainya Kau Tahu' yang lalu:

 |  |  |  |  |   |  |   |   |  10  | 11  | 12  | 13  | 14  | 15  | 16  |  17  |  18  |  19  |

5 comments:

i M a Z a i M i said...

Nape aliya yg sebuk sgt ambek berat sal zaril..hurmm..nizam shippers..pelik2..

a'aina camilla said...

ala..imah jeles..

itu_aku +_^zue said...

sbnr zaril ngan sape?

Anonymous said...

bgla n3 panjg ckit...xpuas bce....
huhuhu:(
best...

IVORYGINGER said...

adakah hati Aliya dah jatuh kpd Zaril. Ambik berat cam Zaril tu suami dia ja. He... Hizwan br la ko rs kan perasaan Aliya bila dia tunggu ko, tepon ko, ko buat tak endah kan ms bsama fiza??? So skrg rskan bila Aliya lak bt. padan muka. ;D

Post a Comment>

Anon Banned. Thanks. :)