Monday, June 6, 2011

Andainya Kau Tahu - 15


Aliya menunggu di ruang tamu. Dia sedang menunggu Hizwan yang akan membawa mereka ke rumah ibu bapa Hizwan. Ada beberapa hal mengenai perkahwinan mereka yang perlu diselesaikan. Kedua ibu bapa Hizwan mahu mengadakan majlis di rumah. Hizwan pula mahukan ia berlaku di dewan. Lebih praktikal, katanya.

Dia tergeleng-geleng. Sementara menanti, Aliya menyemak gambar pre-perkahwinan mereka yang telah diambil minggu lalu menggunakan komputer riba Hizwan. Dia tersenyum bila melihat gambar yang diambil oleh Hizwan dengan kamera telefon, dijadikan sebagai wallpaper untuk komputer tersebut. Gambar Hizwan curi-curi mengucup pipinya. Aliya tersenyum.

Satu demi satu gambar pra-perkahwinan ditelitinya. Cantik, dia memuji gambar yang berjaya dihasilkan. Tersenyum melihat satu persatu gambarnya bersama Hizwan dengan busana pengantin di lokasi yang menarik.

Gambar Hizwan begitu kacak dengan dengan persalinan tuksedonya. Malah lelaki itu begitu bijak bergaya di depan kamera. Ah, lelaki itu memang kacak walau dalam apa pakaian sekalipun, hatinya berbisik.


Dibuka pula browser, mahu menyemak emelnya. Ada beberapa rakan yang dijemput dengan emel kerana tinggal di luar negara. Dia mahu tahu apakah jawapan mereka. Samada mereka akan hadir ataupun tidak.

Saat itu ada emel baru untuk Hizwan masuk. Aliya membaca mesej kecil yang ada di hujung skrin itu. Daripada..

"Aliya." Laung Hizwan.

"Ye?" Aliya menjawab.

"Awak nampak tali leher saya? Atas meja, sebelah telefon." Aliya segera memandang arah yang dimaksudkan. Terlihat satu kotak kecil berisi tali leher yang digulung kemas. Aliya tersenyum. Tali leher itulah yang dibeli olehnya untuk Hizwan kelmarin. Pantas Aliya mencapai kotak itu.

"Ada di tangan saya." Aliya memberitahu.

"Ok. Kejap lagi saya turun." Balas Hizwan.

Aliya menumpukan perhatian semula kepada skrin komputer. Mesej kecil yang tidak sempat dibacanya tadi, ditilik semula.

Daripada Fiza. 'Hizwan, we need to talk. Please..'

Riak wajah Aliya berubah.

"Fiza?" Aliya menyebut nama itu. Serta-merta dia teringatkan segala kata-kata Zaril. Tentang terlalu mempercayai Hizwan. Tentang masa Hizwan yang sibuk hingga tidak masuk akal. Fiza.. Nama itu bagai bergema-gema di telinganya.

Derap langkat dari tingkat atas tidak didengari oleh Aliya. Matanya masih terpaku pada emel tersebut. Perlukah dia membuka emel tersebut? Bolehkah dia berbuat begitu?

"Okey, saya dah siap. Jom, Aliya." Ajak Hizwan, yang baru turun dari tingkat atas. Dia mencapai tali leher yang berada di atas meja, terus dibawa ke lehernya. Matanya tertumpu pada Aliya yang duduk di hadapan komputer ribanya. Air muka Aliya sukar dimengertikan.

"Kenapa?" tanya Hizwan, hairan melihat wajah itu.

Aliya bangun dari tempat duduknya. Matanya merenung Hizwan yang sedang menunggu bicaranya. 

"Hizwan, siapa Fiza?" Terpacul jua soalan itu dari mulutnya. 

Hizwan senyap seketika. Pandangannya bertemu dengan mata Aliya sambil jari-jemarinya masih cuba membetulkan tali leher yang dipakainya. 

bersambung..

Episod 'Andainya Kau Tahu' yang lalu:

 |  |  |  |  |   |  |   |   |  10  | 11  | 12  | 13  | 14  |

4 comments:

a'aina camilla said...

dear..y cpt sgt ad konflik?bg reader lyn dlu bab2 romantik..ok?xsempat nk feel la..huhu..

diya jamal said...

aii.. blom kuar ep.16 lagi kan? sabooorrr..

lgpun citer ni mmg dah nk habis
(jauh lagi sbnrnya. OMG~)

i M a Z a i M i said...

yeahh..udah kluar..aah..stuju ngan aishah...bg lyn jiwang2 dulu...tp i suke scene zaril je..tiap kali bca scene dy..rasa berdebar..haha

diya jamal said...

hahaha? apekah ima? hahaha..

Post a Comment>

Anon Banned. Thanks. :)