Sunday, June 5, 2011

Andainya Kau Tahu - 14

Aliya bersandar pada sofa. Terasa lenguh satu badan, menulis satu demi satu nama sahabat di atas kad perkahwinannya. Dia mengerling ke arah kad yang tersusun di atas meja. Serta-merta bibirnya mengukir senyum. Tidak sabar rasanya menanti untuk hari pernikahannya nanti. Pasti meriah, dia mula mencipta bayangan majlis perkahwinannya itu.

Dia dan Hizwan akan berarak dengan pakaian pengantin serba sedondon. Kemudian direnjis dengan air mawar tika berada di atas pelamin. Seronoknya, dia teruja sendiri.

"Ha, beranganlah tu!" Tegur satu suara, membuatkan dia terkejut lantas terbangun dari sofa. Terus dia berpaling, melihat gerangan yang mengejutkannya itu.

"Hizwan..!" Nadanya kedengaran geram. Kus semangat.. 

Hizwan tertawa. Kelakar melihat reaksi Aliya. "Itupun nak terkejut ke?" Usik Hizwan.

Aliya memuncungkan bibir. Namun ada bahagia terselit di jiwa bila melihat tawa Hizwan. Rindunya pada lelaki itu, dia berbisik.

Aliya memerhatikan lelaki itu atas bawah. Selesa sahaja dengan kemeja hitam bergaris linear halus-halus rona kelabu dan seluar jeans biru gelap. Selalunya lelaki itu pasti datang dengan sut pejabat, lengkap kot dan tali leher. Ke mana semua pakaian formal itu?

"Awak datang dari pejabat begini ke?" tanya Aliya, hairan.

"Taklah. Saya datang dari rumah. Kenapa? Apa yang tak kena?" Hizwan turut menilik dirinya. Tidak ada apa-apa yang tidak kena pada pandangan matanya.

 "Dari rumah? Awak tak kerja hari ni?"

"Tak. Saya minta cuti untuk temankan awaklah, sayang."

Merona merah wajah Aliya. Malu berbaur bahagia bila dipanggil begitu. Hizwan tersenyum.

"So, awak buat apa hari ni?" tanya Hizwan, duduk di atas sofa. Matanya terarah pada kad undangan perkahwinan yang ada di atas meja.

"Tulis jemputan nama untuk majlis kita nanti." Aliya duduk semula. Membiarkan Hizwan menyemak kad yang ada satu demi satu. Pergerakan Hizwan terhenti bila melihat nama Zaril. Perlahan-lahan diletakkan semula semua kad.

"Awak dah makan?" tanya Aliya, tidak menyedari perubahan pada wajah Hizwan.

"Dah dan belum."

Berkerut dahi Aliya.

"Dah makan tengah hari. Belum makan malam. Dan mulai terasa kebulur. Kebulur nak makan awak." Hizwan berbisik di akhir ayat.

"Hish!" Ditampar lembut lengan lelaki itu. Sejak kebelakangan ini ada-ada sahaja gurauan Hizwan. Mentang-mentang hari pernikahan mereka semakin dekat.

"Dah lama tak nampak Zaril. Awak tahu dia pergi mana?" tanya Aliya.

Riak wajah Hizwan berubah. Nama Zaril juga yang disebutnya..

"Entah. Tak tahu. Malas nak ambil tahu."

"Aik, lain macam je bunyinya? Takkan dah tua bangka macam ni pun, masih nak gaduh macam budak-budak?" Gurau Aliya.

Hizwan cuba tersenyum. Malas sebenarnya mahu berbicara tentang sepupunya itu. Sejak dia membiarkan Fiza mengejar keretanya dua minggu lalu, langsung dia tidak ingin ambil tahu tentang mereka berdua. Malah Zaril pun tidak pernah muncul di depannya sejak kejadian itu.

"Saya laparlah. Kita keluar makan?" Hizwan mengubah topik.

"Okey. Awak nak makan apa?" tanya Aliya.

"Awak." Bisik Hizwan, sekali lagi mengundang tamparan di lengannya.

bersambung..

Episod 'Andainya Kau Tahu' yang lalu:

 |  |  |  |  |   |  |   |   |  10  | 11  | 12  | 13  |

4 comments:

Anonymous said...

dah cukup bagus hubungan mereka nie.. jangan pulak si fiza tu buat hal lagi... pengacau tunang orang aje.. berdosa tu...

diya jamal said...

:)

a'aina camilla said...

ok..yg ni sweet...even cm berbau gatal2..haha

diya jamal said...

bau2 bacang jer.. hahaha..

Post a Comment>

Anon Banned. Thanks. :)