Thursday, June 15, 2017

Berikan Dia Cinta - 2 part 1

Rimasnya! Belitan skarf merah yang menjerut lehernya pantas dilonggarkan. Zalya sedut sedikit choco lattenya. Ya, Allah! Kenapa sedap gila coklat yang Kevin buat ni?
Zalya minum lagi untuk basahkan tekak. Bibir terus meletus dengan senyum. Terasa segar seluruh tubuh. Pulih sudah semangat yang hilang.
Matanya terkalih pada cawan Americano milik bosnya. Alamak! Diletakkan choco latte di atas meja sebelum meluru ke bilik Tina.
“Americano untuk bos.” Termengah-mengah Zalya cari nafas.
“Siapa suruh you berlari-lari ni?” Tangan Tina membuka penutup cawannya. Kepulan wap masih jelas kelihatan. Lega Zalya melihatnya.
“Saja je nak exercise, bos.”
Tina geleng kepala. Sudah dua tahun Zalya bekerja dengannya. Namun sampai sekarang dia tak faham perangai pembantunya yang seorang ini. Gopoh dan kelam-kabut! Entah apalah yang nak dikejarkan.
“Thank you.” Tina hirup kopinya sedikit demi sedikit. Diangkat mata. Keningnya hampir bertaut melihat Zalya masih terseringai di depan meja.
“You nak apa lagi, Zalya?” Tina silang dua tangannya. Kecil matanya merenung wajah pembantunya itu.
“Bos, boleh tak saya ambil half-day hari ini? Please?” Mata Zalya berkelip-kelip penuh mengharap. Semalam dia sudah menyuarakan hasrat. Namun Tina suruh dia tanya semula esok. Maknanya, hari inilah kan?
“You dah siapkan kerja-kerja yang I suruh?”
“Dah.” Pantas Zalya jawab dengan yakin.
“Emel pembaca?”
“Done.”
“Artikel?”
“Err... dah?”
“Zalya?” Tina kerutkan dahi. Tidak yakin dengan jawapan Zalya itu.
“Saya janji esok saya akan siapkan. Tapi saya betul-betul kena ambil cuti separuh hari. Ada hal yang perlu saya selesaikan,” Zalya cuba memujuk.
"Hal apa, Zalya? You tak boleh settlekan masa hujung minggu ke?" Sebelah kening Tina terangkat. Dah serupa Ziana Zain pula Zalya tengok.
"Tak boleh, bos. Saya kena selesaikan hari ini juga. Lagipun saya dah buat appointment." Zalya pamer muka seposen tapi bosnya haram tak pandang.
Bila Tina terus diam, Zalya diburu resah. Bosnya ini memang sengaja nak dera perasaannya ke?
“Bos, boleh saya pergi?”
“Okey, okey. Pergilah.”
“Betul? Thank you, bos!” Zalya meloncat keriangan.
“Tak payah nak happy sangat. Kalau I tak nampak artikel you atas meja I esok pagi, siaplah you!” Jari telunjuk Tina menuding ke arah Zalya.
“Jangan risau bos. Esok tepat jam 8.00 pagi, saya akan pastikan artikel saya ada meja bos.”
Tina tidak menyahut. Sebaliknya dia hayunkan tangan agar Zalya keluar dari pejabatnya.
“Saya pergi dulu bos!” ucap Zalya sebelum menghilang di balik pintu.

ps: pendek kan? sebenarnya panjang lagi chapter 2. any comments? ur comments will be loved. xoxo

0 comments:

Post a Comment>

Anon Banned. Thanks. :)